Skip to content

Mengapa Anda Perlu Membeli Rumah Pada Usia Muda ?

Beli rumah pada usia muda adalah salah satu cara terbaik untuk melindungi masa depan kewangan anda. Di dalam kata erti lain, adakah anda nak menghabiskan dana pencen atau tunai dengan membeli rumah pada usia tua nanti, nak beli hutang dah tak boleh kerana faktor usia, terpaksa membelinya secara tunai kerana sudah tiada pilihan lain (ada pilihan membeli rumah dengan pinjaman 2 generasi, tapi itu cerita lain).

Bukankah wang yang anda simpan selama ini dikhaskan untuk perbelanjaan pada usia tua ? Tetapi disebabkan pada usia tua anda tidak memiliki rumah sendiri, anda terpaksa menghabisi duit simpanan hari tua anda untuk membeli rumah sedangkan anda mempunyai peluang untuk membelinya pada usia muda semasa masih kuat bekerja. Itu jika anda ada simpanan pada usia tua, jika tiada bagaimana ? Dihalau atau disuruh pindah oleh pemilik rumah pada usia tua bukanlah pilihan yang baik dari segi emosi dan fizikal kita pada usia tua nanti, sediakanlah payung ketika usia muda ini.

Tak perlulah terpengaruh dengan pelabur-pelabur hartanah yang mengatakan anda tak perlu membeli hartanah (rumah kediaman) sebaliknya perlu menyewa sahaja. Tahukah anda, orang yang berkata begitu telah memiliki puluhan rumah, sedangkan anda sebuah rumah pun masih belum ada lagi..

Memiliki rumah sendiri akan memberi anda ketenangan fikiran pada usia tua nanti. Anda tidak perlu khuatir tentang perubahan harga sewa atau perubahan lokasi. Fikir-fikirkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *